Dalam sesuatu majlis pasti ada sedikit hiburan yang diselitkan untuk memeriahkan suasana. Namun hiburan tersebut seharusnya bersesuaian dengan majlis.
Namun, baru-baru ini viral di media sosial sebuah video yang dimuatnaik ke laman Youtube telah diselar netizen kerana dicemari tarian yang tidak senonoh.
Berdasarkan sumber, majlis tersebut diadakan untuk menuntut ilmu tetapi tercemar dengan aksi tarian yang dilakukan oleh beberapa orang wanita berpakaian seksi.
Program tersebut merupakan antara peserta kumpulan tertinggi sebuah organisasi yang turut dihadiri oleh beberapa ahli perniagaan dan individu terkenal di kalangan rakyat Malaysia.
Menerusi video yang menjadi viral itu, beberapa penari wanita dilihat berpakaian menjolok mata dipercayai warga Thailand membuat tarian seksi sehingga turun dari pentas untuk menari di meja peserta.
Penganjur majlis tersebut dikecam hebat kerana menyelitkan persembahan yang tidak senonoh dan tidak sesuai dengan agama kerana majoriti peserta majlis adalah beragama Islam. Tonton video tersebut dibawah.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon