Senin, 08 Januari 2018

Ternyata bukan mudah untuk seseorang itu menerima semula pasangan mereka dek kerana detik hitam yang dilalui semasa berumah tangga.Namun, ada juga pasangan yang melalui detik hitam apabila hubungan yang telah dibina gagal dipertengahan jalan. 

Setiap pasangan berkahwin pasti mengimpikan hubungan kekal hingga ke akhir hayat.

Itulah luahan Farah Lee apabila ramai netizen menginginkan dia untuk kembali bersama pengacara, Ally Iskandar demi kebaikkan anak mereka.

Namun, Farah melalui Instagramnya memberi tahu bukan mudah untuk mereka kembali semula kerana orang ramai tidak tahu tentang saat sukar yang telah dilaluinya semasa berkahwin.

Perkara ini telah mendapat perhatian netizen dan mereka berharap agar Ally dan Farah dapat bersama semula demi kebaikkan anak-anak.





Desas-desus ini bermula apabila, Farah memuat naik sebuah video dia dan Ally Iskandar bersama-sama turun padang menghantar Maream ke sekolah. Di dalam video tersebut, mereka kelihatan mesra dan gembira melihat aksi anak mereka di sekolah.


Sumber: Farah Lee


This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post