Rabu, 03 Januari 2018


Seorang pelajar yang berpakaian seragam sekolah dilanggar di hadapan sebuah kompleks beli-belah di Jalan Tun Razak, Johor Bahru.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dan menurut catatan Facebook dari saksi yang dikenali sebagai Harry Cyclone, dia mendakwa sebuah van telah melanggar mangsa kira-kira jam dua petang, Selasa.

mStar Online melaporkan, mangsa adalah seorang pelajar lelaki itu berusia 16 tahun dan bersekolah di SMK Aminuddin Baki.


Saksi menambah, pemandu van tersebut melanggar lampu isyarat merah sebelum melanggar mangsa yang menaiki motosikal.

Tambah menyayat hati, seorang lelaki muncul kononnya untuk membantu dengan memeriksa telefon bimbit mangsa mencari kenalan untuk dihubungi, tapi bertindak melarikan telefon bimbit tersebut.

"Kepalanya berdarah teruk dan kami semua cuba membantu. Tiba-tiba lelaki itu memeriksa telefon mangsa untuk menghubungi ibu bapanya, tetapi sebaliknya melarikan diri," tulis Harry Cyclone lagi.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan Asisten Komisioner Shahurinain Jais mengesahkan kes dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak polis.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post