Sejak semalam viral di media sosial kisah adik Natasya yang memakai kasut buruk pada hari pertama persekolahannya. Seorang individu telah memuat naik kisah adik tersebut di laman Twitter dan menceritakan sedikit sebanyak kehidupan adik Natasya.
Kisah tersebut menjadi perhatian di Twitter dan menyebabkan ramai netizen sebak dengan kisah adik Natasya yang datang dari keluarga yang susah.
Namun begitu, memetik laporan Harian Metro, ibu Natasya dikatakan malu selepas kisah keluarga mereka menjadi viral.
"Saya malu lepas kisah anak pakai kasut koyak jadi viral, tapi sebenarnyabukan tiada wang tapi anak yang tidak mahu ke kedai untuk beli keperluan itu" kata Mazawati Ismail.
Tambahnya lagi, anaknya itu mempunyai masalah pembelajaran dan merupakan seorang yang pemalu. Adik Natasya dilaporkan kini enggan ke sekolah serta malu berdepan dengan masyarakat.
Menurutnya lagi, segala persiapan sekolah Natasya dan adiknya telah siap kecuali kasut sekolah kerana belum sempat dibeli disebabkan sifat pemalu anaknya itu dan enggan ke kedai.
Ibu Natasya itu hanya mengetahui kisah anaknya itu menjadi bualan netizen melalui guru anaknya dan meminta supaya gambar anaknya tidak terus disebar.
"Saya harap orang ramai tidak salah faham dengan gambar yang viral itu dah minta dihentikan segera"
Dia menjelaskan telah mendapat pelbagai bantuan termasuk dari JKM sebanyak RM300 sebulan manakala anaknya pula mendapat RM1,800 setahun.
Malah pemimpin setempat, JKM, Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah juga telah tampil memberi sumbangan wang tunai dan barangan keperluan. Ujar Mazawati walaupun hidup susah, dia tidak meminta bantuan kecuali jika diberi sumbangan.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon