Kebiasaannya ketika bercinta semuanya indah-indah belaka. Namun bila sudah berkahwin, segala janji-janji manis bagaikan dibawa angin.
Sikap suami yang tidak mahu menolong menjaga anak ataupun membantu menguruskan rumahtangga. Mungkin ramai suami yang bersikap seperti ini hanya mengikut kepala sendiri.
Luahan hati seorang isteri mengenai sikap suaminya di laman Facebook Kisah Rumah Tangga ini mendapat perhatian netizen.
Si suami yang taksub dengan permainan di telefon sehingga membiarkan anak mereka menangis dengan kuat. Malah sanggup membiarkan anak sehingga isteri yang tidur kepenatan terbangun untuk memujuk anak kecil mereka.
Assalam min. Tolong siarkan screenshot sekali ya. Kisahnya malam tadi saya bengang sangat dengan suami saya. Lebih kurang jam 11 malam, anak saya yang sedang tidur, tiba-tiba menangis kuat, mimpi buruk agaknya.
Saya yang berada di sebelah tengah tidur, mamai-mamai menepuk-nepuk dan memujuk anak tetapi tak jalan juga. Sampai ligat anak saya menangis, baru saya tersedar dari mamai. (Penat sangat sebab jam 10 lebih baru lelap).
Suami saya di ruang tamu dengar anak saya menangis separuh mati tetapi dia buat bodoh saja. Sikit pun dia tak hairan sebab fokus sangat main permainan Mobile Legend jahanam itu.
Mahu tak bengang saya dibuatnya. Saya baru saja lelapkan mata, anak menangis dia tak nak tolong tengokkan. Akhirnya saya yang terpaksa dukung anak ke ruang tamu.
"Abang tak dengar ke anak menangis?" kata saya pada suami.
"Sayang kan boleh handle," balasnya selamba.
Dalam hati saya dah membuak-buak rasa geram sangat. Disebabkan game itu, dia langsung tak boleh tolong tengokkan anak. Berhenti sekejap pun tak boleh. Tetapi bila bab suruh cari duit, pandai pula suruh isteri kerja sama-sama mencari duit. Bab penat menjaga anak tak sanggup pula.
Tak tahu ke isteri dari jam 4.30 pagi dah bangun, tak rehat. Jam 10.30 malam barulah nak lelapkan mata.
Fedup betul dengan suami begini yang asyik fikirkan dirinya sendiri saja sedap. Masa susah tak nak pula susah bersama-sama. Eloklah game itu saja yang kejutkan dia pagi-pagi, masakkan untuk dia, lahirkan anak dia dan buat semua kerja rumah.
Geramnya saya!
Entah jam berapalah dia tidur. Pagi tadi saya kejutkan dia untuk pergi kerja dan dia tak nak bangun pun, malah dia tak nak pergi kerja.
Lantaklah! Malas nak fikir. Saya bersiap-siap dan hantar anak ke rumah pengasuh dan terus pergi kerja. Saya dah fedup.
Sorry, nak luahkan perasaan saja. Saya kalau bengang dengan suami, dalam WhatsApp beranilah cakap begitu. Kalau depan-depan tak berani, ada kena penampar nanti.
Apa yang saya tak puas hati, saya luahkan saja di WhatsApp. Okaylah. Itu saja yang saya nak luahkan. Saya penat. Terima kasih admin.
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon