Terbaru, Ifa sekali lagi memuat naik status yang menjelaskan perkara itu. Dia juga terkilan dengan pemohonan maaf dari pihak selebriti itu kerana dakwanya seperti tidak ikhlas. Apa-apa pun kami harap kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik.
Baru-baru ini Ifa Raziah telah memuat naik beberapa status yang mengundang tanda tanya pengikutnya di laman sosial. Dia meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap seseorang yang dipercayai juga merupakan seorang selebriti. Individu yang dimaksudkan itu tidak digambarkan oleh Ifa Raziah secara jelas, namun dipercayai kenalan rapat Ifa sendiri.
"Cantik tak cincin LV Ifa??? Gambar yang kau post, mengutuk aku. Caption yg kau tulis, minta maaf kat aku? Senang betul hidup kau…Kau dah malukan aku sampai tahap paling hina, lepas tu mintak maaf! Kau dah fitnah aku macam2, panggil aku pelacur, anak aku pondan, kau babitkan nama artis2 lain… nak jatuhkan aku…Akhirnya kau post dlm IG kau minta maaf ?
Atas nasihat Mak kau? Itu yg aku cakap, Mak kau yang sakit mcm tu pun boleh berfikir, ada belas kasihan dgn orang. Yang Kau??? Aku pernah tengok kau buat mcm ni jugak kat Hashim @krishashim kawan kita kat Singapore…kau ingat tak? Kau nak aku cerita?…"
"Kau dah aibkan dia, kau kutuk2 dia mcm, malukan dia dgn kawan2, lps tu bila jumpa depan2 kat Singapore Expo baru2 ni, kau terus salam dgn dia, kau cakap ‘OK…KITA BERDAMAI’, kejadian berlaku depan mata aku, suami aku dan staff aku. Bukannya kau nak minta maaf dgn dia pun, mcm tu je kau cakap ‘Kita Berdamai’…senang betul hidup kau!!! Kau ingat Hashim bileh terima kau setakat cakap mcm tu?
Kalau kau ikhlas nak minta maaf dgn aku…kau buat secara terbuka. Mcm mana kau boleh aibkan aku secara terbuka, mcm tu lah kau kena minta maaf! Kau jelaskan balik apa yg sebenarnya…Bukan ini caranya RS!!!"
Sumber : ifa_raziah
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon