Ini mungkin video paling viral untuk tahun 2017. Dan ianya telah menjadi bahan lawak hampir setiap orang. Video seorang pemimpin luar negara yang dikatakan tidak dapat menyebut perkataan "in the beginning" dengan betul.
Pemimpin tersebut menyebut "in the beningging..in the benininging" sehingga ianya mencetuskan rasa geli hati netizen.
Video yang dimuat naik oleh laman Facebook Kaki Share itu tersebar meluas di media sosial sehingga beberapa parodi turut dibuat oleh netizen.
Namun, sebenarnya video tersebut bukanlah yang asli. Ianya telah pun di edit dari versi yang asal. Seorang netizen @AcitJahat telah memuat naik versi asal ucapan dari Presiden Afrika Selatan iaitu Jacob Zuma.
Menerusi video tersebut, sebenarnya tiada perkataan "in the beginning" yang diucapkan oleh pemimpin tersebut. Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal namun turut terhibur dengan aksi lucu Jacob.
Baru tahu “In the beningging” tu edit je. Kesian Jacob Zuma kena bahan ðŸ˜ðŸ˜ðŸ¤§ðŸ¤§ pic.twitter.com/kkyslEkDBu— ya betul acit memang jahat (@acitjahat) November 25, 2017
Agaknya apalah perasaan Presiden Jacob Zuma bila tahu video kena edit sehingga menjadi bahan lawak rakyat Malaysia?
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon