Minggu, 26 November 2017


Antara artis yang pernah menjadi icon remaja satu ketika dahulu,penyanyi Elyana.Namanya kini kembali meniti di bibir peminat apabila dia menyertai Gegar Vaganza.

Namun semalam merupakan persembahan terakhir buat Elyana apabila dia tersingkir dari pertandingan itu.Paling menyedihkan peminat adalah ucapan Elyana yang membuatkan ramai terkejut.

Malahan,dia mendedahkan yang dirinya kini sedang menghidap kanser yang sudah berada di Tahap 4. Memang sedih dengar perkongsian Elyana bersama DSV.Di laman instagramnya Elyana ada memuat naik satu gambar satu set kelengkapan pengurusan jenazah.

"Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi.

"Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.

"Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain."

Yang menjadi menariknya adalah menjadi bualan hangat netizen yang ratanya tertanya-tanya mengenai maksud gambar itu.Memamg tidak sangka,rupanya Elyana menghidap kanser tahap 4.

"Gegar Vaganza ini penguat saya. Saya rasa lesu. Kadang kadang saya rasa susah untuk bernafas.

"Susah untuk digambarkan. Setiap malam, saya menjadi seorang yang susah tidur sebab takut esok saya ter..Saya tak henti henti untuk bersama anak saya. Saya takut meninggalkan dia.

"Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini."

Berita tersebut membuatkan peminatnya merasa sebak. Ruangan komen di Instagram Elyana dibanjiri dengan komen-komen sedih dari peminatnya. Ramai yang memberi kata-kata semangat agar Elyana kuat untuk melawan penyakitnya.


Sumber : Sayang-Sayang DSV, Berita Harian

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post