Jumat, 24 November 2017


Seorang pelajar tingakat empat SMK Tengku Bariah maut selepas dirempuh kereta di persimpangan lampu isyarat Jalan Wakaf Beruas di Kuala Terengganu. 

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammad Fakrul Hakim Mazlan, 16, mengalami pendarahan teruk di kepala meninggal dunia pada 9.25 malam ketika di rawat di Unit Kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. 

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar kejadian berlaku apabila mangsa yang menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar keluar dari simpang yang masih dalam isyarat lampu merah secara tiba-tiba. 

Wanita yang memandu kereta tersebutdalam perjalanan dari arah Kuala Berang untuk ke Kuala Terengganu tidak sempat mengelak sebelum merempuh mangsa. 



Pemandu wanita itu kini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu dan membahayakan.

Sementara itu, rakan sekolah mangsa, Muhammad Syafiq Abdullah berkata ketika di sekolah mangsa meminta semua rakannya untuk menandatangani baju sekolahnya sebagai tanda kenangan sempena hari terakhir persekolahan.

"Malah, dia juga banyak menghabiskan masa bersama kami dalam tempoh seminggu kebelakangan ini.

"Dua minggu lalu, mangsa ada terbabit dalam kemalangan motosikal tetapi hanya cedera di kaki," katanya.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post