Semua peminat sudah tahu bahawa Fattah Amin dan Fazura sudah pun bertunang dan bakal mendirikan rumah tangga tak lama lagi.
Dan sejak semalam viral di media sosial apabila Fattah Amin telah berkongsi video di laman Instagramnya detik bersejarah dalam hidupnya yang menjadi tunang kepada pelakon jelita Fazura.
Ramai netizen memberikan respon positif kepada pasangan tersebut yang berlaku sehari sebelum mereka menunaikan ibadah umrah.
Menerusi video tersebut, Fazura kelihatan cukup anggun dengan busana ungu muda. Fazura nampak cukup manis dengan pakaian yang serba sederhana dan tidak keterlaluan.
Jom kita tengok video-video yang dikongsikan oleh Fattah Amin. Kami tumpang gembira buat pasangan ini dan Fazura nampak berseri-seri sangat!
This post have 0 Comments
EmoticonEmoticon