Kamis, 21 Desember 2017

Pada 18 disember yang lalu, menerima berita terkejut atas kematian bintang kpop iaitu Jonghyun.Menurut beberapa sumber yang dilaporkan Jonghyun membunuh diri disebabkan mempunyai masalah kemurungan yang terul menyebabkan dia tidak mampu untuk meneruskan kehidupannya.

Namun,saat yang paling menyedihkan apabila menyaksikan upacara pengebumian Jonghyun diiringi rakan baik dan keluarga tercinta.Malah,turut dihadiri peminat mendiang di majlis pengebumian tersebut.

Lebih dari 300 peminat berkumpul semasa proses mengalas keranda Apabila kereta membawa keranda bergerak,kira-kira 1000 peminat berkumpul melihat penyanyi itu buat kali terakhir.




















Proses mengalas keranda diketuai oleh Minho SHINEe dan kakak mendiang Jonghyun.Terlihat kakak mendiang begitu sedih memegang gambar adiknya dengan tangisan.Ahli kumpulan SHINEe,Onew,Taemin,Minho dan turut disertai ahli kumpulan Super Junior Leeteuk,Donghae dan Eunhyuk yag berada dibaris hadapan mengangkat keranda.

Walaupun siapa Jonghyun ataupun korang bukan peminat Jonghyun mahupun peminat artis korea,suatu kematian adalah suatu yang menyedihkan pergi tak akan kembali lagi.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post