Kamis, 14 Desember 2017


Makin hari makin comel Nora Danish, lebih-lebih lagi masa mengandung. Usia kandungannya kini sudah pun memncecah enam bulan.

Bagi para ibu mengandung, pasti pernah melalui fasa di mana badan cepat letih dan tak larat. Disebabkan itu jugalah Nora Danish menggunakan kerusi roda untuk bergerak.

Suaminya, Nedim baru-baru ini ada memuat naik video di Insta Story, mengatakan isterinya sangat seronok duduk di atas kerusi roda.




Namun lumrah menjadi selebriti, segala benda pun nak dikecam! Kata 'makcik bawang', Nora Danish pemalas dan mengada-ngada.

"Orang lain pun mengandung juga, tapi tak ada pula nak pakai kerusi roda." Amboi, mulut tak tahu nak tapis. Walau bagaimanapun, masih ramai lagi netizen yang memahami situasi aktres jelita ini.

Biasalah masa mengandung pasti akan rasa sakit kaki dan pinggang. Perkara ini juga pernah dimaklumkan oleh Nedim yang Nora sukar bergerak kerana kandungannya terlalu berat. Bayinya terlalu aktif bergerak dan selalu mengejutkannya pada waktu malam.


Kami doakan yang baik-baik sahaja untuk Nora dan keluarga. Semoga semua urusan kalian dipermudahkan.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post