Kamis, 21 Desember 2017


Percutian keluarga yang sepatutnya gembira dan kenangan manis bertukar menjadi tragedi buat satu keluarga. 

Kisah Abdul Manaf M Noh vilar di media sosial selepas kisahnya dimasukkan ke sebuah hospital di Korea mendapat perhatian ramai.

mStar Online melaporkan, selepas 19 hari dimasukkan ke hospital, keluarganya kini berdepan dengan masalah untuk melangsaikan kos rawatan yang meningkat setiap hari.

"Kami harap ada pihak tak kiralah yang berkaitan politik atau badan bukan kerajaan (NGO) yang dapat membantu ayah saya bagi meringankan beban kami dan dapat menguruskan proses untuk membawa ayah balik ke tanah air.


"Memang ada organisasi yang melakukan operasi penyelamatan perubatan, tetapi kosnya terlalu tinggi," kata anak lelaki bongsu Abdul Manaf M Noh.

Menurut sumber lagi, Abdul Manaf mengalami masalah kesihatan seperti muntah-muntah serta sesak nafas dan terpaksa dikejarkan ke hospital di Seoul.

Imbasan Computed Tomography (CT) dan mendapati warga emas yang berusia 81 tahun itu mengalami 'aortic dissection'.

"Jumlah bil terkini telah pun mencecah RM800,000 dan kami adik beradik telah membuat pembayaran sebanyak RM300,000 menggunakan wang simpanan sendiri.


"Jumlah sumbangan daripada sanak saudara dan orang awam yang diterima pula sebanyak RM162,000 dan kami masih memerlukan sumbangan untuk menjelaskan kos rawatan yang tinggi di sini."

Bil perubatan semakin meningkat, sekitar RM15,000 hingga RM25,000 sehari. Dia kini terkandas di Korea.

Sehubungan itu, orang awam yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan bantuan ke akaun Maybank  Azman Abdul Manaf yang bernombor 014123115825.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post