Kamis, 21 Desember 2017


Kemudahan infrastruktur yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk kemudahan rakyat. Semua golongan rakyat dapat menikmati kemudahan ini termasuklah kemudahan asas bagi golongan OKU. 

Namun kemudahan asas bertaraf dunia ini nampaknya sering disalah guna dengan minda kelas ketiga yang dimiliki oleh segelintir masyarakat yang bersikap pentingkan diri sendiri. 

Malah kemudahan yang sepatutnya digunakan oleh golongan OKU sering disalahguna. Perkongsian dari Firdaus Hairi di laman Facebooknya meluahkan rasa tidak puas hati kepada pihak tidak bertanggungjawa yang menghalang laluan khas golongan istimewa ini. 


Menerusi video yang dimuat naik, penunggang motosikal dilihat dengan sesuka hati meletak motor mereka di laluan pejalan kaki OKU. 

Kemunculan status kali ini bukan sekadar perkongsian, tapi perlukan penjelasan dan tindakan. Setelah lama terpaksa berdiam diri, kini terluah juga.

Laluan yang setiap hari pagi dan petang dilalui kini terhalang dengan longgokan motor dan terkadang kereta juga turut ada.


Di atas laluan pejalan kaki Orang Buta bukan tempat pakir kenderaan atau menjadi tempat memacak tiang gerai jualan.

Mana perginya slogan MASYARAKAT PRIHATIN, mana dia SANTUNI OKU, kemana hilang BADAN_BADAN DAN NGO-NGO yang hebat bertempek untuk membela kebajikan oku?

Mana dia segerombolan PIHAK YANG BERKUASA mengenai masalah ini? Adakah menanti CEDERA, atau ada yang TERKORBAN baru kita nak bergerak.

Pengawal keselamatan dan penghuni reflesia kondo seolah-olah menafikan kewujudan kami anak beranak yang lalu setiap hari ulang alik pagi dan petang.

Susulan dari perkongsian tersebut, netizen juga meluahkan rasa kecewa sikap tidak prihatin segelintir orang awam. 


Janganlah pandang ringan kemudahan untuk golongan OKU kerana ianya melibatkan keselamatan dan nyawa mereka yang terdedah kepada bahaya. 

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post