Senin, 08 Januari 2018


Nama Iqram Dinzly sekali menjadi bualan netizen apabila mencetuskan kontroversi malah ia dianggap melampau apabila tersasul memberi gelaran Che Mat kepada Nabi Muhammad SAW dalam program hiburan Melodi yang bersiaran secara langsung pada Ahad lalu. 

Memetik laporan Mstar Online, pendakwah bebas Ustaz Abu Syafiq menyifatkan tindakan pelakon tersebut sebagai satu penghinaan kepad Nabi Muhammad SAW dan perlu bertaubat. 

Setelah teruk dikecam netizen, Iqram tampil menjelaskan keadaan tersebut dan memohon maaf atas keterlanjurannya. 

"Saya memohon maaf kepada netizen atas semua yang telah berlaku."

Iqram menjelaskan dia dalam keadaan bercelaru yang berpunca dari beberapa masalah yang berlaku semasa dalam perjalanannya dari rumah ke syarikat televisyen tersebut. 

Tambah Iqram lagi dia dalam keadaan penat akibat tidak cukup tidur sebelum bertolak ke Kuala Lumpur. 



"Ketika dalam perjelanan dan sampai di Serendah, tayar kereta saya pecah dan saya memandu dengan laju. Ketika itu saya dalam keadaan terburu-buru kerana sebelum itu saya tertidur di Tapah"

"Sebab saya sudah keliru dengan nama Muhammad Syaifudin, Ahmad Said. Dan bila saya tersasul, saya segera betulkan dengan menyebut Nabi Muhammad S.A.W."

"Bila ia terjadi, saya perbetulkan kembali dan ia menjadi isu sekiranya ada pihak yang menganggap saya bergurau dengan nama Baginda."

"Oleh itu saya ingin meminta maaf secara terbuka jika kesilapan percakapan saya telah menimbulkan kontroversi dan persepsi negatif. Saya juga ingin menjelaskan bahawa saya tidak berniat untuk memperlekehkan Nabi Muhammad S.A.W"

Dalam pada masa yang sama, Iqram membidas respon seorang penceramah bebas yang mahu agensi agama mengambil tindakan terhadapnya. 

Sampah ? Lagi aku nyampah ular dalam semak bersepah . Bertulis di FB , ikut cara nabi ? Salah ni ! Ini semua cara yahudi . Acapkali aku berkata kata kenali diri , kenali seni . Sekiranya ada khilaf , ya diri ini minta maaf dan mohon tunjok ajar bukan dengan mencaci dan menjatuhkan hukuman sendiri ? Nak tumpang populariti ? Oh tidak mampu untok aku memperhalusi seni diri dengan menghukomi atau mengadili . Jadi kepada ustaz ini , maaf sekiranya pemahaman tuan mengata hamba menghina Nabi , hanya perkataan ‘ CHE MAT ‘ setelah mengatakan TOK GURU dan diusuli kemudiannya menyebut Nabi Muhammad saw itu penghinaan persepsi . Bagaimana pula dengan rakusnya jari jemari tuan meletakkan emosi ketika menulis sehingga boleh mencetuskan kontroversi sedangkan tindakan ini lebih teruk menghina sunnah Rasullah saw yang menyuruh kita berbudi bahasa elok budi pekerti dan adakah benarnya cara tuan menjatuhkan maruah orang oleh dek kerana persepsi tuan seorang diri dengan menaikkan video bercakap seperti bongkak diri ? Mana adabnya sebagai seorang yang ilmu tinggi dalam setiap posisi , sedangkan kita langsung tidak mengenali secara peribadi ? Rasanya mufti @drzulkifli.albakri lebih arif tentang ini . InsyaAllah , Allah lebih Maha Mengetahui niat dihati dan sekiranya sudi saya akan berjumpa dengan mufti berbanding dengan #ulardalamsemak yang semakin menular kini . Ingat ya kita semua bukan maksom bukan Nabi , sekiranya berterusan lagi isu ini , seperti khinzir sondol sana sini... tidak teragak rasanya untok hamba kasi huru hara sampai mati media sosial ini . Jemput bersemuka wahai ‘ ustaz ini ‘ usah nak guna medium ini untok cari publisiti . Berfikir #positivity | #positiviti itu hadir disisi dengan izin Illahi . @bawaabata.merebucks mensyukori cara @meloditv3 , Pertingkatkan Prestasi | Elakkan Kontroversi . Hamba sambut dengan terima kasih demi Allah dikasihi . #nyahkannegativiti | #paksikanpositiviti . ✌️😜👍 #prinxchiqydinzly Buat #netizen yang dihormati , HATI HATI . Jangan sampai dajjal menguasai diri kau mati dengan #negativity . 🧐 #dinzlystudiotalaqqi #ipoh #perak #malaysia #zoneprinxchiqypositivitydinzly #lv #lvdinzly #lvreview #iqreview
A post shared by DR. Princhiqy Dinzly (@iqramdinzly) on


"Saya belajar satu perkara dalam hal ini, buatlah baik sebanyak manapun, disebabkan satu kesalahan, rosak susu sebelanga." katanya.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post