Senin, 08 Januari 2018


Acap kali kita merungut atau berkeluh kesah seandainya rezeki pada bulan itu tidak mencukupi. Namun, kita lupa dalam pada kita menangisi nasib sendiri, masih ada yang lebih susah daripada kita. 

Tak semua bernasib baik memiliki harta mahupun pekerjaan baik untuk menampung kehidupan seharian. Ada yang perlu membanting tulang demi mencari sesuap nasi.

Namun, mengapa mereka kelihatan lebih bahagia daripada kita yang memiliki pendapatan tetap, jauh lebih tinggi berbanding mereka? Perkongsian lelaki ini ada jawapannya.


Menurut Amri Hasim, 'mata hatinya' terbuka apabila melihat seorang anak kecil berusia 8 tahun membantu bapanya menjual ikan. Difahamkan, budak bernama Alia itu, sebaya dengan anak perempuannya. 



Melihat kebahagiaan dipaparkan dua beranak itu, Amri sedar wang bukan segalanya. Amri menjadi sebak apabila memikirkan perjalanan hidup Alia sebagai anak penjual ikan. Bagaimanapun, dia insaf ketika melihat mereka masih mampu kelihatan gembira walaupun mungkin hidup mereka tidak sesenang mana.

Anda sebak, terharu? Bukan anda sahaja 'kehujanan', malah ramai netizen yang membaca posting Amri ini turut tersentuh dengan kisah Alia.

Ada betulnya kata-kata Amri itu. Selalu kita selitkan dalam doa supaya diberi rezeki yang melimpah-ruah. Tapi kita lupa untuk meminta rezeki yang cukup kerana rezeki yang melimpah tak menjamin kebahagiaan.

This post have 0 Comments


EmoticonEmoticon

Next article Next Post
Previous article Previous Post